Tuesday, December 24, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea U mahu pamerkan ‘kekuatan’ baharu

    SEOUL, 1 JAN – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un mengisytiharkan penamatan kepada moratorium nuklear dan ujian misil balistik antara benua serta mengancam satu demonstrasi ‘senjata strategik baharu’ tidak lama lagi.

    Penganalisis mengatakan pengumuman, dilaporkan oleh media negara hari ini, menyamakan Kim meletakkan misil ke ‘kepala Donald Trump’ –namun memberi amaran bahawa ketegangan dicetuskan Pyongyang mungkin akan menikam dirinya.

    Washington bagaimanapun segera bertindak, dengan Setiausaha Negara, Mike Pompeo menggesa Kim ‘untuk mengambil pendekatan berbeza’ dan menekankan bahawa AS mahukan ‘perdamaian bukannya berkonfrontasi’ dengan Utara, manakala Trump pula tidak mengambil serius perkembangan itu.

    Pyongyang sebelum ini pernah melancarkan misil berupaya sampai ke seluruh tanah besar AS dan menjalankan enam ujian nuklear, yang terakhir adalah 16 kali lebih kuat berbanding letupan Hiroshima, mengikut anggaran.

    Mengenakan pengharaman sendiri ke atas ujian seumpamanya—Kim bagaimanapun mengisytiharkan ia tidak lagi perlu—perkara yang menjadi tumpuan utama diplomasi nuklear antara Pyongyang dan Washington dalam masa dua tahun kebelakangan ini, yang menyaksikan pertemuan antara Kim dan Presiden AS, Donald Trump, namun tidak banyak menampakkan kemajuan.

    Satu ujian sebenar kemungkinan besar mencetuskan amarah Trump yang berulang kali merujuk kepada ‘janji’ Kim kepadanya untuk tidak menjalankan ujian dan tidak mengambil serius pelancaran ujian senjata jarak dekat.

    Rundingan antara kedua-dua belah pihak sebahagian besarnya buntu semenjak sidang kemuncak Hanoi dalam Februari, dan Utara menetapkan tarikh akhir hujung tahun kepada AS bagi tawaran konsesi baharu ke atas pengurangan sekatan, atau ia akan mengambil pendekatan ‘cara baharu.’

    “Tidak ada asas untuk kita terikat secara sehala kepada mana-mana komitmen lagi,” agensi berita rasmi, KCNA memetik Kim memberitahu pegawai tertinggi partinya.

    “Dunia akan menyaksikan satu senjata strategik yang akan dimiliki DPRK tidak lama lagi,” tambahnya, merujuk Korea Utara dengan nama rasminya. – AFP

    Skrin TV menunjukkan imej fail pelancaran misil Korea Utara pada satu program berita di Stesen Kereta api Seoul, di Korea Selatan, 1 Jan. Pemimpin Korea hari ini menamatkan moratorium pelancaran nuklear dan misil serta berjanji akan menunjukkan senjata baharu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda