Saturday, March 22, 2025
22.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea U sahkan uji ICBM baharu

    SEOUL, 14 APRIL – Korea Utara hari ini berkata peluru berpandu yang digunakan dalam pelancarannya baru-baru ini merupakan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) baharunya ‘Hwasong-18’, dengan pemimpinnya, Kim Jong Un mendakwa pelancaran itu meningkatkan dengan ketara kemampuan serangan balas nuklearnya.

    Kim yang mengetuai pelancaran peluru berpandu itu kelmarin berkata ICBM baharu secara radikal meningkatkan keberkesanan serangan balas nuklearnya dan secara praktik membawa perubahan dalam strategi ketenteraan ofensifnya,” agensi berita Yonhap memetik media rasmi negara Korea Utara, Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).

    “Matlamat tembakan ujian itu adalah untuk mengesahkan prestasi enjin bahan api pepejal tujahan tinggi untuk peluru berpandu berbilang peringkat dan keandalan teknologi pemancutan berperingkat dan memastikan pelbagai sistem kawalan berfungsi dengan baik,” kata KCNA.

    “Tembakan ujian mengesahkan bahawa semua parameter sistem senjata strategik baharu memenuhi sepenuhnya keperluan reka bentuk daripada segi ketepatan,” katanya.

    Ia berkata peringkat pertama peluru berpandu itu mendarat di perairan 10 kilometer dari daerah Kumya, wilayah Hamgyong Selatan, manakala peringkat kedua jatuh di perairan 335km timur daerah Orang, wilayah Hamgyong Utara. – Bernama

    Foto bertarikh 14 April 2023, yang disediakan oleh kerajaan Korea Utara, menunjukkan Kim Jong Un (kiri), menyaksikan pelancaran Hwasong-18 di lokasi yang tidak didedahkan, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda