Korea U sedia hantar jutaan risalah ke Selatan

SEOUL, 22 JUN – Korea Utara mempunyai jutaan risalah propaganda yang sedia untuk dihantar ke Korea Selatan melalui armada belon udara, katanya hari ini, mempertingkatkan retoriknya ke atas Seoul selepas meletupkan pejabat perhubungan.

Dalam beberapa minggu kebelakangan, Pyongyang telah mengeluarkan siri kecaman ke atas Seoul berhubung risalah anti-Korea, yang pembelot di Selatan menghantarnya ke sempadan – biasanya dengan dipasang pada belon atau terapung dalam botol.

Korea Utara berkata ia tidak ada lagi apa-apa untuk dilakukan bersama Seoul dan minggu lalu telah meletupkan pejabat perhubungan di sisi sempadannya yang melambangkan pemulihan hubungan baik antara Korea, di samping mengancam untuk mengukuhkan kehadiran tentera dalam dan dekat Zon Bebas Tentera.

Korea Utara bersiap sedia untuk membalas balik dengan ‘pengagihan risalah paling besar ke atas musuh,” lapor Agensi Berita Pusat Korea hari ini.

Semuanya ’12 juta risalah daripada mewakili semua jenis luahan marah dan benci rakyat daripada semua peringkat kehidupan’ telah dihasilkan, katanya, dan lebih 3,000 belon disediakan untuk dihantar kepada mereka sehingga jauh ke selatan. – AFP