Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea U selar perjumpaan PBB

    SEOUL, 3 OKT – Korea Utara hari ini menyelar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana mengadakan perjumpaan tergempar mengenai ujian terkini peluru berpandu negara tersebut, menuduh pertubuhan tersebut bermain ‘dengan bom masa’.

    Pyongyang Jumaat lalu berkata, mereka berjaya melancarkan peluru berpandu antipesawat, yang terbaharu dalam langkah ketegangan terkini, yang sebelum ini menunggu peluang sejak perubahan pentadbiran Amerika Syarikat pada Januari.

    Pada September, mereka melancarkan apa yang digelarnya sebagai kapal peluru berpandu jarak jauh, dan awal minggu ini menguji apa yang disifatkannya sebagai hipersonik, yang menurut tentera Korea Selatan, senjata tersebut berada dalam perkembangan peringkat awal.

    Ujian tersebut menyebabkan Majlis Keselamatan PBB untuk mengadakan mesyuarat tergempar mengenai Korea Utara pada Jumaat lalu, yang diseru oleh Amerika Syarikat (AS), Britain dan Perancis.

    Perjumpaan pada mulanya dijadualkan dilangsungkan pada Khamis namun ditunda. Perjumpaan berlangsung selama lebih satu jam dan berakhir tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan.

    Gambar fail menunjukkan tentera Korea Utara menjalani ujian berpandu hipersonik. Korea Utara menyelar tindakan Majlis Keselamatan PBB kerana mengadakan perjumpaan tergempar mengenai ujian berpandu tersebut. – AP

    Namun ia masih mencetuskan kemarahan Pyongyang, yang menganggap ia mengganggu kedaulatan negara tersebut dan merupakan ‘satu langkah provokatif yang tidak boleh diterima’.

    “Permintaan untuk kami melepaskan hak mempertahankan negara kami bermakna ia adalah satu niat yang tidak boleh diterima oleh Korea Utara sebagai sebuah negara berdaulat,” kata Jo Chol Su, pengarah Jabatan Pertubuhan Antarabangsa di kementerian luar negara.

    “Saya meluahkan kebimbangan ter-hadap Majlis Keselamatan PBB mengenai tindakannya bermain dengan ‘masa’,” tambahnya dalam kenyataan yang disiarkan agensi berita KCNA.

    Korea Utara mempunyai sejarah panjang menggunakan senjata ujian sebagai proses untuk cuba mempercepatkan objektif mereka.

    Di bawah pentadbiran Joe Biden, AS berulang kali meluahkan hasratnya untuk bertemu dengan wakil Korea Utara bagi mencari penyelesaian melucutkan penggunaan senjata nuklear. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda