Korea U tembak dua projektil

SEOUL, 28 NOV – Korea Utara melancarkan dua ‘projektil tidak dikenal pasti’ hari ini – semasa AS menyambut cuti Thanksgiving – kata Seoul, ketika rundingan nuklear antara Pyonyang dan Washington menemui jalan buntu.

Kenyataan ringkas dari Ketua Turus Bersama (JCS) Selatan, berkata Pyonyang melancarkan dua projektil ke arah timur dari wilayah Selatan Hamgyong yang jatuh di Laut Jepun, yang juga dikenali sebagai Laut Timur.

Menurutnya, pelancaran itu dilakukan pada jam 16:59 waktu tempatan atau awal pagi di Washington DC, yang sedang menyambut cuti tahunan terbesar AS.

Ia juga menjelang sehari ulang tahun kedua ujian pertama peluru berpandu antara benua Hwasong-15 Korea Utara, yang penganalisis katakan berkeupayaan untuk mencapai ke tanah besar AS.

Kementerian Pertahanan Jepun menggambarkan projektil itu seperti ‘peluru berpandu balistik’ namun berkata ia tidak mendarat di zon ekonomi eksklusif negara itu.

Pelancaran hari ini itu adalah siri ujian senjata terbaharu dari Pyongyang, yang digelarnya sistem ‘pelancar roket berganda skala besar’ bulan lalu. – AFP

Mejar Jeneral Jeon Dong-kon dari JCS Korea Selatan bercakap semasa taklimat media berhubung projektil Korea Utara di Kementerian Pertahanan, Seoul pada 28 November. – AFP