Wednesday, July 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea U tembak senjata selepas ancam tindakan ‘penting’

    SEOUL, KOREA SELATAN, 9 MAC – Korea Utara melepaskan tiga tembakan projektil jarak dekat di luar pantai timurnya hari ini, kata tentera Korea Selatan, dua hari selepas Korea Utara mengancam tindakan ‘penting’ sebagai protes terhadap eksesais peluru hidup lima hari baru-baru ini.

    Ketua Turus Bersama Tentera Seoul berkata beberapa jenis projektil telah ditembakkan dari timur pantai bandar Sondok terbang sejauh 200km pada altitud maksimum 50km sebelum mendarat di perairan antara Semenanjung Korea dan Jepun.

    Kenyataan JCS berkata Korea Selatan menyatakan ‘penyesalan besar’ berhubung pelancaran yang ia katakan melanggar persetujuan antara Korea yang bertujuan untuk mengurangkan kemarahan tentera.

    Pengarah keselamatan kebangsaan Korea Selatan, menteri pertahanan dan ketua perisikan mengadakan sidang video kecemasan dan bersetuju tindakan Korea Utara tidak membantu usaha untuk menubuhkan perdamaian di Semenanjung Korea, menurut pihak kerajaan presiden Rumah Biru, Korea Selatan. – AFP

    Seorang lelaki menyaksikan siaran berita menunjukkan imej fail ujian Korea Utara di Seoul pada 9 Mac. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda