Saturday, May 10, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea U tidak akan ‘melutut’

    PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), Amerika Syarikat (AS), 30 Sept – Menteri Luar Korea Utara semalam memberitahu PBB bahawa ‘tidak mungkin’ negaranya akan melucutkan senjata dahulu selagi AS meningkatkan penguatkuasaan tegas mengenai sekatan terhadap Pyongyang.

    Mengulas pada Perhimpunan Agung PBB, Ri Yong Ho menuduh Washington membuat kebuntuan perbincangan mengenai pembebasan senjata nuklear di semenanjung Korea.

    “Kebuntuan baru-baru ini adalah kerana Amerika Syarikat bergantung kepada langkah-langkah paksaan yang keras,” Ri memberitahu perhimpunan itu.

    “Tanpa sebarang kepercayaan dari pihak Amerika Syarikat, tidak akan ada keyakinan terhadap keselamatan negara kami dan dalam keadaan sedemikian, tidak mungkin kami akan melucutkan senjata secara sepihak terlebih dahulu.” AS menegaskan dasar ‘perlucutan senjata nuklear terlebih dahulu’ yang ‘meningkatkan tahap tekanan sekatan untuk mencapai tujuan mereka dalam cara paksaan’, kata menteri luar negeri itu.

    “Persepsi bahawa sekatan boleh membawa kami melutut adalah impian orang-orang yang tidak mengenal kami.”

    Diketuai oleh AS, Majlis Keselamatan PBB menerima pakai tiga resolusi sekatan tahun lalu yang bertujuan menghalang Korea Utara daripada memperoleh pendapatan untuk meneruskan program peluru berpandu nuklear balistiknya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda