Tuesday, April 22, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea U uji pelancar roket baharu

    SEOUL, KOREA SELATAN, 25 OGOS – Korea Utara berkata hari ini pemimpin Kim Jong UN menyelia penembakan baharu ‘pelancar roket besar berganda yang baharu dicipta’, pertunjukan senjata yang jelasnya meningkatkan lagi pengaruhnya menjelang penyambungan semula kemungkinan rundingan nuklear bersama AS.

    Agensi Berita Tengah Korea Utara (KCNA) berkata ujian senjata kelmarin itu berjaya dan memetik Kim sebagai berkata pelancar roket itu ‘sudah tentu senjata hebat’.

    Kim menekankan keperluan untuk “terus meningkatkan pembangunan senjata strategik dan taktikal jenis Korea bagi menangani ancaman ketenteraan dan tekanan pasukan lawan,” menurut KCNA.

    ‘Pasukan lawan’ sepertinya merujuk kepada AS dan Korea Selatan, yang baru-baru ini menamatkan latihan tentera membuat Korea Utara berang. Korea Utara menggelar latihan itu sebagai latihan serangan dan melancarkan beberapa ujian roket dan peluru berpandu sebagai tindak balas. Beberapa pakar berkata Korea Utara berhasrat untuk menunjukkan senjatanya untuk mendapatkan kuasa menjelang kemungkinan rundingan semula nuklear yang terbantut sejak sidang kemuncak kedua antara Presiden Donald Trump dan Kim di Vietnam pada Februari lalu. Tentera Korea Selatan berkata Korea Utara menembak dua peluru berpandu balistik jarak dekat di luar pantai timur pagi Sabtu dan ia terbang kira-kira 380km pada altitud maksimum 97km. Ia adalah ujian senjata ketujuh dilakukan Korea Utara kira-kira dalam masa sebulan.

    Pelancaran terbaharu Korea Utara itu muncul dua hari selepas Korea Selatan berkata ia akan menghentikan perjanjian perkongsian perisikannya bersama Jepun di tengah-tengah pertikaian antara sekutu-sekutu AS. Washington menyatakan kekecewaannya atas keputusan Korea Selatan. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda