Sunday, February 9, 2025
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea Utara beri respons keadaan Travis

    SEOUL, 3 OGOS – Pusat Pemerintah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan bahawa Korea Utara telah memberi respons terhadap usaha mereka untuk membincangkan keadaan askar Amerika, Travis King, yang dikesan melarikan diri melintasi sempadan ke Korea Utara bulan lalu dan disyaki ditahan oleh pihak Pyongyang hari ini.

    Menurut kenyataan dari pasukan multinasional yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS), yang mengawasi gencatan senjata Perang Korea, tentera Korea Utara ‘telah memberikan respons terhadap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Prebet King.’

    “Untuk tidak mengganggu usaha kami membawanya pulang, kami tidak akan menjelaskan secara terperinci buat masa ini,” tambahnya.

    Pengumuman terbaharu itu dibuat lebih seminggu selepas Komando PBB berkata ia telah memulakan perbincangan dengan Utara mengenai askar itu.

    Selepas pergaduhan di sebuah kelab malam, insiden dengan polis dan ditahan di penjara Korea Selatan, Prebet Kelas kedua King sepatutnya pulang ke Texas setelah dipindahkan ke lapangan terbang bulan lalu.

    Tetapi daripada pergi ke pangkalan ketenteraan Fort Bliss untuk menjalani perbicaraan tatatertib, King melarikan diri, menyertai lawatan ke Zon Demiliterisasi dan berjaya melintasi sempadan ke Korea Utara.

    Kedua-dua Korea secara teknikalnya kekal berperang kerana konflik 1950-53 berakhir dengan gencatan senjata, bukan perjanjian dan kebanyakan sempadan di antara kedua-duanya dikawal ketat.

    Tetapi di JSA, sempadan hanya ditandakan dengan pembahagi konkrit yang rendah. – AFP

    Skrin TV menunjukkan foto tentera Amerika, Travis King yang disiarkan menerusi berita di Stesen Kereta Api Seoul di Seoul, Korea Selatan. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda