Friday, April 18, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea Utara buat ujian penting

    SEOUL, 8 DIS – Korea Utara berkata hari ini, ia telah melakukan ‘ujian terpenting’ di ruang pusat pelancaran, sebagai tanda Pyongyang meningkatkan tekanan ke atas Washington berhubung rundingan nuklear yang tertangguh.

    Pengumuman ujian di Tapak Pelancaran Satelit Sohae tersebut muncul beberapa jam selepas presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkata dia akan ‘terkejut’ jika Korea Utara melakukan apa-apa tindakan.

    “Ujian penting itu berlangsung di Tapak Pelancaran Satelit Sohae tpada 7 Disember 2019,” kata jurucakap Akademi sains pertahanan Negara Korea Utara.

    Hasil ujian terbaharu akan memberikan ‘kesan penting’ untuk mengubah ‘kedudukan strategik’ Korea Utara, kata jurucakap itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi berita KCNA.

    Kenyataan tersebut tidak memberikan butiran lanjut tentang ujian itu.

    Sohae yang terletak di pantai barat laut Korea, kononnya merupakan kemudahan yang direka khas untuk meletakkan satelit ke orbit.

    Namun Pyongyang telah melancarkan beberapa roket yang dikecam oleh AS dan negara lain yang dianggap sebagai ujian peluru berpandu balistik jarak jauh.

    Imej satelit pada 5 Disember telah menunjukkan terdapat kotak besar di tapak itu dan merupakan petunjuk tentang “ujian enjin yang akan berlaku,” kata jeffrey Lewis dari Institusi Pengajian Antarabangsa Middlebury yang berpangkalan di Amerika Syarikat menjelang kenyataan yang dikeluarkan oleh Pyongyang.

    Enjin roket mudah diubahsuai bagi penggunaan peluru berpandu dan masyarakat antarabangsa telah memanggil program angkasa Pyonyang sebagai mengaburi mata untuk ujian peluru berpandu.

    “Sudah jelas perkara itu merupakan satu tanda bahawa Korea Utara sedang melakukan banyak aktiviti berkaitan dengan peluru berpandu lebih-lebih lagi tempoh tamat bagi Kim Jong Un akan berakhir tidak lama lagi”. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda