Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea Utara cuba sembunyikan hukuman mati

    SEOUL, 16 DIS – Korea Utara cuba menghalang dunia luar daripada mengetahui pelaksanaan hukuman mati secara terbuka dalam beberapa tahun kebelakangan ini, membayangkan maklum balas Pyongyang terhadap penelitian antarabangsa mengenai rekod hak asasi manusianya.

    Kumpulan Kerja Keadilan Peralihan (TJWG), kumpulan penyelidik berpangkalan di Seoul, menganalisis imej satelit dan mengumpul keterangan mengenai 23 hukuman mati awam semasa era Kim Jong Un, yang mengambil alih kuasa sedekad lalu selepas kematian bapanya pada Disember 2011.

    Menurut laporan TJWG, pelarian Korea Utara berkata hukuman mati dilakukan di tapak yang dipantau rapi dengan pihak berkuasa untuk memastikan tiada maklumat keluar.

    “Penutupan hampir keseluruhan sempadan Korea Utara semasa pandemik COVID-19 telah mengurangkan dengan ketara maklumat yang keluar dari negara itu, menjadikannya sukar untuk mendokumentasikan pelanggaran hak asasi dalam tempoh tersebut,” menurut TJWG.

    Sementara itu, menurut organisasi bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai misi untuk mendokumentasikan pelanggaran hak asasi manusia dan mencari keadilan untuk mangsa, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Korea Utara secara strategik memilih tempat-tempat yang jauh dari kawasan sempadan untuk melakukan hukuman mati itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda