Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea Utara hantar belon ‘sampah, najis’

    SEOUL, 29 MEI – Korea Utara telah menghantar belon berisi sampah, kertas tandas dan najis haiwan ke Korea Selatan, menurut laporan media tempatan hari ini, dengan tentera Seoul mengecam tindakan Pyongyang yang ‘keji’ itu.

    Gambar-gambar yang menunjukkan belon putih mengandungi beg sampah dan apa yang kelihatan seperti najis telah dikongsi secara meluas oleh media Korea Selatan, selepas Korea Utara memberikan amaran pada hujung minggu ini bahawa ia akan menghujani kawasan sempadan dengan ‘timbunan kertas buangan dan kotoran’ untuk menghukum Seoul.

    Ketua Turus Bersama Seoul berkata bahawa ‘objek yang tidak dikenal pasti yang dipercayai sebagai risalah propaganda Korea Utara telah dikenal pasti di kawasan sempadan Gyeonggi-Gangwon dan tentera sedang mengambil tindakan’.

    “Penduduk harus mengelak daripada melakukan aktiviti luar, tidak menyentuh sebarang objek yang tidak dikenali, dan melaporkannya kepada pangkalan tentera atau polis terdekat,” katanya dalam satu kenyataan yang dihantar kepada AFP.

    Ia berkata bahawa tindakan Korea Utara ‘jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan mengancam keselamatan rakyat kami’, dengan mengatakan beberapa belon itu mengandungi sampah, yang sedang diperiksa oleh tentera.

    “Kami dengan tegas memberikan amaran kepada Korea Utara supaya segera menghentikan tindakannya yang tidak berperikemanusiaan dan keji,” tambahnya. – AFP

    Gambar oleh Kementerian Pertahanan Korea Selatan ini menunjukkan objek tidak dikenal pasti dipercayai bahan propaganda Korea Utara yang dilekatkan pada belon di jalan di Wilayah Chungnam. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda