Sunday, February 9, 2025
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea Utara kecam pelan AS mahu hantar kapal selam nuklear ke semenanjung Korea

    SEOUL, 10 JULAI – Korea Utara pada hari ini mengecam rancangan Amerika Syarikat (AS) untuk menghantar kapal selam nuklear ke Korea Selatan dan memberi amaran ia mungkin akan mencetuskan krisis konflik nuklear paling teruk, lapor Agensi Berita Yonhap.

    “Penghantaran kapal selam yang membawa kepala peledak nuklear di Semenanjung Korea itu, bermakna senjata nuklear strategik AS akan berada di semenanjung buat kali pertama sejak 1981,” kata jurucakap Kementerian Pertahanan Korea Utara dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).

    Pada April, AS telah berikrar untuk menghantar kapal selam itu di bawah Deklarasi Washington yang dicapai oleh Presiden Yoon Suk Yeol dan Presiden Joe Biden pada sidang kemuncak di Washington.

    “Ini situasi yang sangat berbahaya kerana ia akan membawa ketegangan ketenteraan serantau kepada situasi yang lebih kritikal dan mungkin mencetuskan krisis konflik nuklear paling teruk,” kata jurucakap yang enggan namanya disiarkan. 

    Menurutnya, rancangan AS itu juga umpama tindakan pemerasan nuklear tanpa berselindung terhadap Korea Utara.

    Korea Utara akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menghalang tindakan AS itu, katanya. – Bernama

    Kapal selam USS Michigan tiba di pelabuhan Busan, bulan lepas. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda