Friday, May 9, 2025
28.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea Utara lancar peluru berpandu balistik jarak dekat

    SEOUL, 8 MEI – Korea Utara melancarkan beberapa peluru berpandu balistik jarak dekat ke arah Laut Timur hari ini, pelancaran pertama seumpamanya sejak Mac, lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan tentera Korea Selatan.

    Menurut Ketua Turus Bersama (JCS), peluru berpandu itu dilancarkan kira-kira 8:10 pagi waktu tempatan dari bandar pesisir timur Wonsan.

    JCS berkata pihaknya mengesan beberapa peluru berpandu balistik jarak dekat dalam ujian itu.

    “Tentera kami mempertingkatkan pengawasan terhadap kemungkinan pelancaran tambahan dan mengekalkan kesiapsiagaan penuh, sambil berkongsi maklumat berkaitan peluru berpandu balistik Korea Utara dengan Amerika Syarikat (AS) dan Jepun,” menurut JCS dalam satu kenyataan.

    Pelancaran itu berlaku kira-kira dua bulan selepas Korea Utara melancarkan beberapa peluru berpandu balistik jarak dekat yang disyaki pada 10 Mac lalu, serentak dengan latihan ketenteraan bersama antara Korea Selatan dan AS.

    Ia juga merupakan pelancaran peluru berpandu balistik kedua sejak Presiden AS, Donald Trump kembali ke Rumah Putih pada Januari lalu. – Bernama

    Rakyat Korea melihat proses pelancaran peluru balistik melalui siaran televisyen. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda