Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Korea Utara lancar peluru berpandu balistik keempat

    SEOUL, 2 OKT – Korea Utara melancarkan dua peluru berpandu balistik kelmarin, menjadikan keseluruhan empat pelancaran minggu ini oleh negara bersenjata nuklear itu.

    Ujian itu dilakukan ketika Seoul, Tokyo dan Washington meningkatkan latihan ketenteraan bersama untuk menentang tindakan agresif Pyongyang.

    Tentera Korea Selatan mengesan ‘dua peluru berpandu jarak dekat antara jam 6:45 pagi dan 7:03 pagi yang dilancarkan dari Sunan di Pyongyang ke Laut Timur’, merujuk pada kawasan perairan yang turut dikenali sebagai Laut Jepun.

    Dalam satu kenyataan, Ketua Turus Bersama Seoul memaklumkan peluru berpandu berkenaan bergerak kira-kira 350 kilometer (km) pada ketinggian 30km dengan kelajuan Mach 6, dan menyifatkannya sebagai ‘provokasi serius’.

    Tokyo turut mengesahkan pelancaran itu dan memaklumkan ia mendarat di luar zon ekonomi eksklusif Jepun.

    Timbalan Menteri Pertahanan Jepun, Toshiro Ino, berkata peluru berpandu berkenaan ‘dilihat bergerak dalam trajektori di luar kebiasaan’.

    Beberapa pakar berpandangan, trajektori di luar kebiasaan menggambarkan peluru berpandu itu boleh dikendalikan ketika terbang, sekali gus sukar dikesan dan dipintas.

    Pusat Pemerintah Indo-Pasifik AS, dalam satu kenyataan, menyifatkan pelancaran itu menunjukkan kesan ketidakstabilan senjata pemusnah dan program peluru berpandu haram Korea Utara. – AFP

    Skrin televisyen menunjukkan berita yang melaporkan mengenai pelancaran peluru berpandu Korea Utara di Stesen Kereta Api Seoul di Seoul, Korea Selatan pada 1 Oktober 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...