Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Korea Utara lancar peluru berpandu lagi

    SEOUL, 11 JAN – Korea Utara disyaki menembak peluru berpandu balistik ke lautan, kata tentera Korea Selatan hari ini, menyemarakkan ketegangan kurang seminggu selepas Pyongyang dilaporkan menguji peluru berpandu supersoniknya.

    Pelancaran awal pagi dibuat ketika Majlis Keselamatan PBB bersidang di New York bagi membincangkan ujian minggu lalu terhadap apa yang Pyongyang gelar sebagai peluru berpandu supersonik, meskipun Seoul meragui dakwaan itu.

    Selepas satu mesyuarat tergempar, majlis keselamatan kebangsaan Korea Selatan melahirkan ‘kekesalan mendalam terhadap pelancaran itu,’ menurut satu kenyataan dari pejabat presiden.

    Dalam pada itu, Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida memberitahu wartawan adalah ‘amat dikesali Korea Utara terus melancarkan peluru berpandu.’

    Tiada laporan segera kerosakan ke atas pesawat atau kapal Jepun, menurut jurucakap kerajaan, Hirokazu Matsuno.

    “Peluru berpandu itu disyaki itu dianggarkan terbang melepasi sehingga 700km dan mendarat di luar zon ekonomi eksklusif Jepun,” katanya.

    Ketua Turus Seoul mengatakan ia dilancarkan dari darat sekitar jam 7:27 pagi waktu tempatan semalam.

    Ujian peluru berpandu kedua Pyongyang berlaku seminggu selepas enam negara, termasuk Amerika Syarikat dan Jepun, menggesa Korea Utara untuk menggencatkan ‘tindakan menghuru-harakan’ menjelang mesyuarat tertutup Majlis Keselamatan PBB. – AFP

    Orang ramai berjalan melepasi skrin televisyen menyiarkan rakaman ujian peluru berpandu Korea Utara di sebuah stesen kereta api di Seoul, 11 Januari, selepas Korea Utara sekali lagi menguji peluru berpandu minggu ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...