Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Korea Utara lancar siri peluru berpandu jelajah

    SEOUL, 2 FEB – Korea Utara sekali lagi melancarkan beberapa siri peluru berpandu jelajah ke arah Laut Kuning, lapor Sputnik memetik agensi berita Yonhap hari ini.

    Ketua Staf Bersama Korea Selatan (JCS) dipetik sebagai berkata pihaknya mengesan pelancaran terbabit kira-kira 11 pagi waktu tempatan dari pantai baratnya.

    Bagaimanapun, tentera Korea Selatan tidak menyenaraikan jumlah peluru berpandu, menurut laporan itu.

    “Dengan memperkukuh pemantauan dan kesiapsiagaan, tentera kami telah bekerjasama dengan Amerika Syarikat untuk memantau peningkatan provokasi Korea Utara,” menurut JCS dalam satu kenyataan.

    Menurut laporan, ia merupakan pelancaran peluru berpandu jelajah keempat Korea Utara sejak awal 2024.

    Pada 24 Januari, JCS mendakwa Korea Utara telah melancarkan beberapa peluru berpandu jelajah ke Laut Kuning.

    Pyongyang kemudian mendedahkan pihaknya melancarkan ujian pertama peluru berpandu jelajah strategik baharu, Pulhwasal-3-31 yang masih dalam pembangunan, lapor KCNA.

    Tentera Korea Selatan berkata Korea Utara telah melancarkan beberapa lagi peluru berpandu jelajah dari pantai timurnya pada 28 Januari.

    Media Korea Utara melaporkan pemimpinnya, Kim Jong Un mengarahkan satu lagi pelancaran peluru berpandu jelajah strategik Pulhwasal-3-31 dari kapal selam. – Bernama

    Dua lelaki berdiri di sebelah skrin televisyen yang menunjukkan siaran berita dengan rakaman ujian peluru berpandu Korea Utara, di stesen kereta api di Seoul pada 2 Februari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...