Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea Utara lancar ujian peluru berpandu

    SEOUL, 5 Mei – Media negeri Korea Utara berkata hari ini bahawa pemimpin Kim Jong Un telah menyelia satu ujian roket dan senjata berpandukan taktikal, selepas latihan semalam menimbulkan kebimbangan bahawa Pyongyang sedang menambah provokasi dengan rundingan nuklear AS menemui kebuntuan.

    Utara kali terakhir melancarkan ujian peluru berpandu pada November 2017, sebelum pemulihan diplomatik melihat ketegangan berkurangan di semenanjung serta beberapa siri sidang kemuncak.

    Satu pengembalian kepada pelancaran peluru berpandu mungkin membangkitkan kemarahan Presiden AS Donald Trump, tetapi agensi berita rasmi Utara KCNA mengelak daripada menggunakan istilah tersebut dalam laporannya, berkata Kim telah mengarahkan “latihan serangan” yang membabitkan “pelbagai pelancar roket jarak jauh” – yang tidak disasarkan oleh resolusi sekatan PBB – dan “senjata berpandukan taktikal” yang tidak dinyatakan.

    Kementerian pertahanan Seoul berkata hari ini satu analisis pelancaran menunjukkan Pyongyang telah menguji pelancar roket “240mm dan 300mm dan senjata berpandukan taktikal baharu dengan jarak sejauh kira-kira 70 hingga 240 kilometer”.

    Amerika Syarikat dan Korea Utara telah bertelagah sejak kegagalan sidang kemuncak Trump-Kim pada Februari, apabila kedua-dua pihak berbalah berhubung sekatan dan setakat mana konsesi Pyongyang mengenai program senjata nuklearnya.

    Gambar bertarikh 4 Mei 2019 yang diperoleh daripada kerajaan Korea Utara menunjukkan Kim Jong Un memerhatikan ujian pelbagai sistem senjata di Korea Utara.

    Namun meskipun ancaman perang terbaharu dari Pyongyang, Trump menegaskan bahawa satu kata sepakat mungkin dicapai.

    “Kim Jong Un tahu potensi ekonomi Korea Utara dan tidak akan melakukan apa-apa untuk campur tangan atau menamatkannya,” kata Trump di Twitter.

    “Beliau juga tahu bahawa saya bersamanya dan beliau tidak mahu memungkiri janjinya kepada saya. Perjanjian akan berlaku!”

    Pemimpin AS itu tidak mengulas lanjut tentang janji Kim.

    Ketika latihan semalam, Kim menyeru tenteranya supaya sentiasa ingat tentang “kebenaran di mana keamanan dan keselamatan asli hanya terjamin menerusi kekuatan sahaja,” kata KCNA.

    Akhbar Rodong Sinmun hari ini menyiarkan 16 gambar ujian senjata di muka surat depannya, termasuk satu gambar yang menunjukkan Kim menggenggam binokular dalam satu pos serta beberapa gambar peluncur ditembak ke udara. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda