SEOUL, 3 MEI – Korea Utara melepaskan tembakan ke arah Korea Selatan di Zon Demiliterisasi yang membahagikan semenanjung terbabit hari ini, kata Seoul.
Menurut Ketua Turus Staf (JCS) di Seoul dalam satu kenyataan, sebuah pondok kawalan Korea Selatan terkena beberapa tembakan daripada Korea Utara, namun tiada korban dilaporkan pada pihak Korea Selatan.
“Tentera kami bertindak balas dengan dua pusingan tembakan dan satu pengumuman amaran mengikut manual kami,” kata Seoul.
Menurut JCS lagi, pihaknya dengan Korea Utara melalui hotline tentera mereka bagi mengenal pasti punca insiden berkenaan. Tentera Korea Selatan kemudian berkata, tembakan daripada Korea Utara itu ‘dianggap sebagai tidak sengaja’, menurut agensi berita Yonhap. – AFP