Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Korea Utara, Rusia bina hubungan baharu

    SEOUL, 20 OKT – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un berkata kelmarin bahawa beliau mahu membina hubungan progresif bersama Rusia semasa pertemuan beliau dengan Menteri Luar, Sergei Lavrov, lapor media kerajaan.

    Lawatan dua hari oleh duta veteran itu dijangka akan membentuk persediaan asas bagi lawatan Presiden Rusia, Vladimir Putin ke negara itu, yang dijemput oleh Kim bulan lalu semasa pertemuan berprestij di timur jauh Rusia.

    Pertemuan pada September itu telah menimbulkan kebimbangan Barat bahawa Pyongyang mungkin akan membekalkan Moscow dengan senjata untuk perangnya di Ukraine.

    Kim berkata ia adalah matlamat parti pekerja dan kerajaan untuk membentuk satu rancangan yang stabil, berpandangan jauh dan meluas bagi hubungan Korea Utara-Rusia dalam era baharu,” kata agensi berita KCNA, yang menggunakan singkatan rasmi bagi Korea Utara.

    Lavrov mengecam apa yang disifatkannya sebagai dasar Amerika Syarikat (AS) yang ‘merbahaya’ terhadap Korea Utara sementara menekankan tahap hubungan strategik baharu antara Moscow dan Pyongyang.

    “Seperti rakan-rakan Korea Utara, kami amat bimbang tentang peningkatan aktiviti ketenteraan AS, Jepun dan Korea Selatan di rantau ini serta dasar Washington,” beritahu Lavrov kepada wartawan, menurut agensi berita Rusia.

    Ketika menghadapi siri ujian senjata yang memecahkan rekod oleh Pyongyang pada tahun ini, Seoul telah mengukuhkan hubungan keselamatannya dengan sekutu tradisional AS dan juga memeterai perjanjian pertahanan tiga hala yang melibatkan Jepun.

    Seoul dan Washington telah menjalankan latihan ketenteraan bersama dengan pesawat perisik yang canggih dan aset strategik AS, manakala sebuah kapal selam bersenjatakan nuklear AS pada Julai mengadakan kunjungan ke pelabuhan Korea Selatan buat kali pertama dalam beberapa dekad. – AFP

    Askar berjalan di hadapan pesawat pengebom strategik B-52H yang terletak di Pangkalan Tentera Udara Korea Selatan di Lapangan Terbang Cheongju pada 19 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...