Thursday, September 19, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea Utara, Rusia perkukuh hubungan ketenteraan

    SEOUL, 15 SEPT – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un berjanji untuk mengeratkan hubungan dengan Rusia ketika beliau mengadakan perbincangan dengan ketua keselamatan yang datang melawat, Sergei Shoigu, lapor media kerajaan kelmarin.

    Negara Barat menuduh Korea Utara menjual peluru kepada Rusia, melanggar sekatan berhubung perang lebih 30 bulan di Ukraine.

    Korea Utara baru-baru ini memperkukuh hubungan ketenteraan dengan Rusia, dengan Presiden Vladimir Putin membuat lawatan yang jarang berlaku ke Pyongyang pada Jun, di mana beliau menandatangani perjanjian pertahanan bersama dengan Kim.

    Gambar dalam media negara Korea Utara menunjukkan Kim dan Shoigu berpelukan dan tersenyum pada penghujung pertemuan mereka, dengan pemimpin Korea Utara ‘mendoakan Presiden Vladimir Vladimirovich Putin yang dihormati agar sentiasa sihat dan berjaya dalam kerjanya”.

    Ketua negara itu digambarkan telah mengadakan perbincangan yang ‘membina’ dalam ‘suasana mesra dan boleh dipercayai’.

    Lokasi sebenar pertemuan mereka tidak didedahkan, tetapi pakar mengesyaki ia adalah Istana Tetamu Kumsusan di Pyongyang, yang pernah menjadi tuan rumah kepada Putin dan Presiden China, Xi Jinping. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda