Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea Utara, Selatan bakal berdialog

    SEOUL, 5 Jan – Korea Utara dan Korea Selatan akan mengadakan rundingan rasmi pertama mereka setelah lebih dua tahun pada minggu hadapan untuk mencari jalan bagi kerjasama Sukan Olimpik musim sejuk di Selatan dan memperbaiki hubungan mereka, menurut pegawai Seoul hari ini.

    Meskipun terdapat tanda positif selepas ancaman perang nuklear pada tahun lepas, kedua-dua negara mempunyai sejarah panjang ekoran kegagalan bagi perubahan dalam perseteruan mendalam mereka.

    Pengumuman itu berlaku sejurus beberapa jam selepas AS mengatakan yang ia akan menangguhkan latihan ketenteraan tahunan bersama Korea Selatan hingga berakhirnya Sukan Olimpik musim sejuk di Pyeongchang di Korea Selatan bulan hadapan. Latihan itu didakwa Korea Utara sebagai latihan pencerobohan, tetapi Korea Selatan dan AS berulang kali mengatakan latihan itu bersifat mempertahankan diri.

    Pada awal hari ini, Korea Utara menghantar mesej dengan mengatakan ia bersedia menerima tawaran Korea Selatan untuk mengadakan pertemuan di kampung sempadan Panmunjom Selasa depan bagi membincangkan kerjasama Sukan Olimpik dan bagaimana memperbaiki hubungan secara keseluruhan, menurut Kementerian Penyatuan Korea Selatan yang menangani hal-ehwal Korea Utara.

    Gambar fail bertarikh 22 Ogos 2015 serahan Kementerian Penyatuan Korea Selatan menunjukkan Pengarah Keselamatan Kebangsaan Korea Selatan, Kim Kwan-jin (kanan) dan Menteri Penyatuan Hong Yong-pyo (kanan, kedua) berjabat tangan dengan Hwang Pyong So (kiri) pegawai politik tertinggi Korea Utara bagi Tentera Rakyat Korea dan Kim Yang Gon, pegawai kanan Korea Utara yang bertanggungjawab bagi hal-ehwal Korea Utara semasa pertemuan di kampung sempadan Panmunjom di Paju, Korea Selatan. – AP

    Panmunjom merupakan kawasan di mana tentera Korea Selatan meluru menyeberangi sempadan ke Selatan pada November. Dia berada dalam proses pemulihan selepas ditembak sebanyak lima kali oleh bekas rakan tenteranya.

    Jurucakap Kementerian Penyatuan Baik Tae-hyun mengatakan dia menjangkakan kedua-dua negara Korea akan menggunakan saluran rentas sempadan yang dibuka semula baru-baru ini untuk menentukan siapa yang akan mengetuai delegasi masing-masing pada minggu hadapan.

    Sebarang dialog di antara dua negara dilihat sebagai langkah positif. Tetapi pengkritik mengatakan tindakan Utara yang mendadak untuk meningkatkan hubungan mungkin sebagai taktik untuk menjarakkan hubungan Seoul dan Washington serta melemahkan sekatan dan tekanan antarabangsa terhadap Pyongyang. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda