Wednesday, May 8, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Korea Utara tekad jadi kuasa nuklear terkuat

    SEOUL, 27 NOV – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un menegaskan matlamat utama negaranya adalah untuk memiliki kuasa nuklear paling berkuasa di dunia.

    Beliau berkata demikian ketika meraikan pelancaran peluru berpandu balistik terbaharu pada majlis bersama anak perempuannya, lapor media negeri hari ini.

    Pada majlis sama, Kim juga menaikkan pangkat 100 pegawai dan saintis yang terbabit dalam kerja Hwasong 7 – peluru berpandu yang dipercayai mampu sampai ke tanah besar Amerika Syarikat (AS) – beberapa hari selepas Pyongyang menguji peluru berpandu itu pada 18 November.

    Jong-un berkata pembangunan tenaga nuklear adalah untuk melindungi maruah dan kedaulatan negara serta rakyat dan ‘matlamat utamanya adalah untuk memiliki kuasa strategik paling berkuasa di dunia, kuasa mutlak yang belum pernah berlaku sebelum ini’.

    Beliau turut menggelar Hwasong-17 sebagai ‘senjata strategik terkuat di dunia’, malah akan menunjukkan keazaman dan keupayaan Korea Utara dengan membina tentera terkuat di dunia. Sambil bergambar bersama saintis, jurutera, pegawai tentera dan lain-lain yang terbabit dalam ujian itu, Jong-un berkata beliau menjangkakan negara akan terus mengembangkan dan mengukuhkan penghalang nuklear negara pada kadar yang luar biasa pantas.

    KCNA, dalam satu laporan lain menyatakan, Jawatankuasa Tetap Perhimpunan Rakyat Tertinggi Korea Utara turut menganugerahkan peluru berpandu Hwasong-17 dengan gelaran ‘Wira dan Pingat Bintang Emas DPRK’. – AP

    Gambar serahan kerajaan Korea Utara menunjukkan Kim Jong Un (tengah) dan anak perempuannya (tengah kiri) bergambar bersama tentera di depan peluru berpandu balistik Hwasong-17 di satu lokasi di Korea Utara. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Selatan catat suhu paling panas pada April

    SEOUL, 7 MEI - Korea Selatan mengalami April terpanas sejak rekod komprehensif bermula pada 1973, kata agensi cuaca hari ini, dengan purata suhu harian...