Wednesday, March 19, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea Utara tembak dua peluru berpandu

    SEOUL, 27 JAN – Korea Utara melepaskan dua tembakan yang disyaki peluru berpandu balistik hari ini, menurut Seoul, ujian senjata keenam bulan ini.

    Pyongyang tidak pernah melancarkan banyak tembakan peluru berpandu dalam masa sebulan beberapa dekad ini, menurut data yang dikumpulkan oleh Pengajian Pusat Strategik dan Antarabangsa – badan pemikir bebas berpangkalan di Washington.

    Kali terakhir adalah pada 2019, selepas rundingan berprofil tinggi antara pemimpin Kim Jong Un dan presiden AS ketika itu, Donald Trump berdepan kegagalan.

    Tembakan itu muncul ketika sekutu utama Kim, China menjadi tuan rumah Olimpik Musim Sejuk bulan depan manakala Korea Selatan bersiap sedia untuk menganjurkan pilihan raya presiden Mac ini.

    Ketua Turus Tentera Seoul berkata ia mengesan dua tembakan peluru berpandu balistik jarak dekat dari kawasan bandar Hamhung menuju ke Laut Timur sekitar jam 8 pagi.

    “Projektil itu terbang 190km jauhnya pada altitud 20km,” menurut mereka. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda