Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea Utara terus uji pelancar roket baharu

    SEOUL, 12 FEB – Korea Utara berkata hari ini ia telah membina sistem kawalan baharu untuk pelancar roket berbilang yang akan membawa kepada ‘perubahan kualitatif’ dalam keupayaan pertahanannya.

    Akademi Sains Pertahanan Pyongyang berjaya menjalankan ‘ujian kawalan balistik tembakan peluru pelancar roket berkaliber 240mm’ Sabtu lalu untuk membina ‘sistem kawalan peluru dan balistik yang boleh dikawal’ untuk pelancar itu, lapor agensi berita negara KCNA.

    Pelancar roket baharu itu kini akan ‘dinilai semula’ dan peranan medan perangnya ‘ditingkatkan,’ kata KCNA.

    Pemimpin Kim Jong Un mengulangi Jumaat lalu, Pyongyang tidak akan teragak-agak untuk ‘menamatkan’ Korea Selatan jika diserang, menggelar Seoul sebagai ‘negara musuh yang paling berbahaya dan pertama serta musuh ketat yang tidak berubah.’

    Pada bulan Januari, Korea Utara melepaskan tembakan artileri berhampiran dua pulau sempadan Korea Selatan, mendorong latihan tembakan langsung oleh Selatan dan perintah pemindahan untuk penduduk.

    Kim juga telah meningkatkan ujian senjata, termasuk pelancaran peluru berpandu jelajah tahun ini, di mana menurut penganalisis, Korea Utara boleh membekalkan kepada Rusia untuk digunakan di Ukraine.

    Sementara itu, Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, berikrar akan bertindak balas secara tegas jika Pyongyang menyerang, menyeru tenteranya untuk ‘bertindak dahulu, lapor kemudian’ jika diprovokasi. – AFP

    Gambar yang disediakan oleh kerajaan Korea Utara ini menunjukkan ujian tembakan peluru berpandu jelajah, Hwasal-2 di Korea Utara pada 30 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda