Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Korea Utara tutup kedutaan di Hong Kong, Libya

    SEOUL, 30 JAN – Korea Utara menutup misi diplomatik di Hong Kong dan Libya, menurut seorang pegawai Kementerian Luar, lapor agensi berita Yonhap hari ini.

    Langkah itu seiring dengan tindakan Pyongyang dalam beberapa bulan lepas yang menutup kedutaannya di Angola, Nepal, Bangladesh, Sepanyol dan Uganda.

    Korea Utara berkata penutupan itu sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan kecekapan diplomatiknya.

    Menurut laman sesawang Kementerian Luar Korea Selatan, jumlah keseluruhan misi diplomatik Korea Utara setakat hari ini kekal sebanyak 44.

    Pada November lepas, Korea Utara menyatakan bahawa mereka menutup dan membuka misi diplomatik baharu ‘selaras dengan perubahan persekitaran global dan dasar diplomatik negara,’ tanpa mengulas lanjut.

    Kementerian Penyatuan Korea Selatan sebelum ini berpendapat penutupan beberapa kedutaan itu sebagai isyarat jelas keadaan ekonomi Korea Utara yang merudum akibat sekatan global. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...