Tuesday, March 18, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea Utara uji misil jarak dekat

    SEOUL, 2 OGOS – Korea Utara hari ini telah melancarkan ujian peluru berpandu jarak dekat yang ketiga dalam tempoh seminggu, memetik tentera Korea Selatan, lapor agensi berita Yonhap.

    Ketua Turus Bersama (JSC) berkata, peluru berpandu itu dilancarkan pada 2.59 pagi dan 3.23 pagi dari Yonghung, wilayah selatan Hamgyong ke Laut Timur.

    “Kami sedang memantau keadaan itu dan sentiasa bersiap sedia berdepan sebarang kemungkinan,” kata JCS.

    Minggu lalu, Korea Utara menguji dua lagi peluru berpandu balistiknya sebagai amaran ‘serius’ susulan perancangan Korea Selatan mengadakan latihan ketenteraan dengan Amerika Syarikat (AS) bulan ini.

    Di bawah resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Korea Utara dilarang menguji apa jua jenis peluru berpandu.

    Pelancaran itu tidak memberi ancaman kepada Amerika Utara dan masih tidak dapat dipastikan berapa banyak peluru berpandu yang diuji.

    Di Rumah Putih, Presiden Donald Trump berkata beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan ujian peluru berpandu itu.

    Trump dan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un sebelum ini dilaporkan bersepakat untuk menyambung semula rundingan peringkat pegawai mengenai senjata nuklear.

    “Saya rasa keadaan sekarang terkawal,” katanya kepada pemberita.

    Ditanya sama ada beliau akan meneruskan perbincangan pelucutan senjata nuklear dengan Kim, Trump berkata ‘sudah pasti.’

    “Kami tidak pernah menyentuh mengenai peluru jarak dekat, apa yang kami rundingan ialah senjata nuklear,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda