Saturday, May 10, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea Utara uji peluru berpandu hipersonik

    SEOUL, 29 SEPT – Korea Utara berjaya menguji peluru berpandu hipersonik, lapor media negeri hari ini, sekali gus mencatat kemajuan terbaharu dalam teknologi persenjataan negara kuasa nuklear itu.

    Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) melaporkan pelancaran semalam itu sebagai ‘kepentingan strategik besar’ ketika negara itu berusaha untuk menggandakan keupayaan pertahanan mereka. Peluru berpandu hipersonik boleh bergerak jauh lebih laju dan lincah dari biasa, menjadikannya sukar untuk dipintas sistem pertahanan peluru berpandu – yang mana Amerika Syarikat (AS) menghabiskan berbilion dolar untuk membangunnya.

    Pelancaran dari wilayah Jagang itu ‘mengesahkan kawalan navigasi dan kestabilan peluru berpandu’ selain ‘kemampuan gerakan pemanduan serta ciri penerbangan meluncur dari kepala peledak hipersonik’ dan enjin, menurut KCNA, yang menggelarnya Hwasong 8.

    “Hasil ujian itu membuktikan kesemua spesifikasi teknikal memenuhi keperluan reka bentuk,” katanya. Pelancaran disaksikan oleh pegawai kanan Pak Jong Chon, katanya, tanpa menyebut pemimpin Kim Jong Un.

    Media Korea Selatan pula yang memetik sumber tidak dikenal pasti berkata, alat itu menunjukkan ‘ciri penerbangan yang berbeza’ dari pelancaran sebelum ini dan Presiden Moon Jae-in pula menggesa ‘analisa menyeluruh’ mengenai perkara itu.

    Kedua-dua negara Korea itu sedang membina keupayaan persenjataan mereka dalam situasi perlumbaan senjata di semenanjung berkenaan. – AFP

    Gambar serahan kerajaan Korea Utara menunjukkan peluru berpandu hipersonik dilancarkan dari Toyang-ri, daerah Ryongrim, wilayah Jagang, Korea Utara pada 28 September. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda