Wednesday, July 3, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    Koridor gajah di Kinabatangan perlu disegerakan

    KOTA KINABALU, 30 JUN – Kerajaan Sabah mahu pembangunan Koridor Gajah di Kinabatangan disegerakan bagi melindungi Gajah Borneo.

    Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew berkata projek pembangunan Koridor Gajah itu adalah antara program di bawah Pelan Tindakan Gajah Negeri Sabah 2020-2029 dalam usaha memastikan hidupan liar berkenaan tidak pupus di bumi Sabah.

    “Gajah ini berisiko untuk pupus kita perlu melindunginya dengan cepat. Kita akan berbincang dengan Jabatan Hidupan Liar Sabah mengenai projek koridor ini, kita mahu ia disegerakan.

    “Saya mahu ia dilaksanakan sebelum akhir tahun ini. Menjadi tanggungjawab kita untuk melindungi Gajah Borneo ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Sabah-Malaysia Rumah Keduaku (Sabah-MM2H) hari ini.

    Gajah Borneo atau Elephas maximus borneensis diklasifikasikan sebagai ‘Terancam’ dalam Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam (IUCN) disebabkan populasinya yang kecil dan semakin berkurangan.

    Menurut IUCN, terdapat 1,000 ekor populasi Gajah Borneo dengan kira-kira 400 daripadanya adalah dewasa yang boleh membiak.

    Liew berkata terdapat pihak yang bermurah hati mendermakan tanah mereka kepada Jabatan Hidupan Liar untuk projek koridor berkenaan manakala pakar rumput telah dilantik untuk menanam rumput bagi menambah makanan gajah. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kira-kira 115,000 pelarian Afghanistan dari Pakistan, Iran pulang ke tanah air

    KABUL, 2 JULAI – Kira-kira 115,000 pelarian Afghanistan dari Pakistan dan Iran telah pulang ke negara asal mereka sejak sebulan lalu, menurut Kementerian Pelarian...