Ahad, 23 November 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kos projek Lebuh raya Pan Borneo dimuktamad hujung tahun ini

    KUALA LUMPUR, 15 JUN – Kementerian Kerja Raya kini dalam proses perolehan bagi memuktamadkan skop dan kos projek penyenggaraan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak yang diijangka dapat diselesaikan pada hujung tahun ini.

    Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kerja-kerja penyenggaraan akan dijalankan oleh syarikat yang mendapat kelulusan Kementerian Kewangan selama tempoh tiga tahun bermula dengan penyerahan pakej yang telah siap secara berperingkat.

    “Bagi memastikan kesinambungan penyampaian perkhidmatan kerajaan, pakej yang sudah siap akan disenggara oleh konsesi penyenggaraan jalan persekutuan sedia ada. Perkara ini bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya terjamin sehingga kontrak baharu ditandatangani,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

    Beliau menjawab soalan Yusuf Abd Wahab (GPS-Tanjong Manis) yang ingin tahu status terkini projek Lebuh Raya Pan Borneo di Sarawak dan sama ada kerja penyenggaraan selepas tamat pembinaan akan diswastakan serta bagaimana syarikat itu akan dilantik.

    Menjawab pertanyaan berkenaan, Alexander berkata fasa satu projek  Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak melibatkan pakej kerja Teluk Malano ke Sematan telahpun siap pada 2019, manakala status kemajuan sehingga April 2023 melibatkan baki 10 pakej dari Sematan ke Miri kini mencapai 94 peratus siap.

    “Hampir keseluruhan jajaran akan siap November 2023 kecuali beberapa seksyen di Miri yang perlu direka bentuk semula dan hanya dapat disiapkan 2025.” – Bernama

    Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ketika menyempurnakan perasmian Pembukaan Fasa 2 Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Plaza Tol Alam Damai kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda