Thursday, May 15, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kos tinggi punca penggunaan bas EV masih rendah

    KUALA LUMPUR – Meskipun Malaysia komited menjadi negara sifar karbon menjelang 2050, namun ia perlu penyelesaian tuntas berhubung cabaran dalam pelbagai sektor termasuk industri pengangkutan awam yang masih lagi beroperasi secara konvensional.

    Pengangkutan bas awam, sebagai contoh adalah penyumbang terbesar pelepasan karbon apabila masih bergantung kepada penggunaan petrol dan diesel yang tinggi berbanding bas elektrik (EV).

    Keadaan ini sekali gus menyukarkan usaha ke arah kemudahan mobiliti hijau yang mampu mengurangkan pencemaran karbon di atmosfera.

    Data terkini juga mendapati pelepasan karbon dioksida (CO2) daripada sektor pengangkutan termasuk pengangkutan awam mewakili 28.8 peratus daripada jumlah pembakaran bahan api fosil di Malaysia, jauh melebihi purata global sebanyak 24.5 peratus.

    Malah, hasil laporan Audit 2022 turut menunjukkan penggunaan kenderaan cekap tenaga bagi pengangkutan awam darat masih lagi rendah dengan hanya 66 buah bas EV di seluruh Malaysia, berbanding kebanyakan negara maju.

    Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad melihat bas EV BRT selepas merasmikan Pelan Tindakan Kelestarian Prasarana di Kompleks BRT Sunway pada 19 Disember lalu. – Bernama
    Gambar Bernama

    Di sekitar benua Eropah misalnya, dianggarkan terdapat lebih 8,500 bas EV manakala di negara China dilaporkan sekitar 340 buah bas EV didaftarkan hampir setiap hari seperti yang dilaporkan dalam laman sesawang sustainable bus.

    Justeru, timbul persoalan mengapa Malaysia masih lagi jauh terkebelakang dalam penggunaan bas EV sedangkan komitmen mengenainya sudah banyak kali diuar-uarkan.

    Apakah usaha yang dilakukan setakat ini masih lagi belum mencukupi dalam mencapai aspirasi sifar atau bebas karbon yang kini berbaki 26 tahun lagi?

    KOS JUALAN ‘CEKIK DARAH’

    Pakar industri pengangkutan berpendapat beberapa faktor dikenal pasti menjadi penghalang antaranya, pasaran EV yang agak kompetitif serta ketidakseimbangan ekosistem memandangkan harga kenderaan bas EV masih lagi tinggi sehingga menyukarkan operasi untuk pengusaha bas beralih daripada bas konvensional kepada bas jimat elektrik dan mesra alam.

    Menteri Pengangkutan, Anthony Loke sebelum ini turut mengakui, antara kekangan kerajaan bagi memperbanyakkan penggunaan bas EV adalah disebabkan kos pembeliannya yang sekali ganda lebih mahal berbanding bas konvensional.

    Menurut Presiden Persatuan Pengusaha-pengusaha Bas Malaysia (PMBOA), Datuk Ashfar Ali, harga bagi sebuah bas EV buatan Eropah boleh mencecah sekitar RM2.5 juta manakala bas buatan China pula sekitar RM1.8 juta dan ini menyukarkan kebanyakan syarikat bas untuk membelinya.

    “Harga jualan bas EV keluaran negara Eropah sebelum pandemik sekitar RM900,000 dan RM750,000 bagi bas buatan China dan kini, harganya meningkat sekali ganda,” katanya kepada Bernama sambil menambah, PMBOA adalah antara kesatuan bas dengan lebih 120 syarikat bas bernaung di bawahnya, serta lebih 1,000 pemandu bas berdaftar.

    Isu lain turut berbangkit adalah jumlah fasiliti pengecasan awam EV di seluruh Malaysia yang masih lagi kurang khususnya di kawasan luar Lembah Klang dan pedalaman, malahan ada sesetengah lokasi langsung tiada stesen pengecasan awam berdekatan.

    Berdasarkan tinjauan Bernama menerusi aplikasi PlugShare, kebanyakan stesen pengecas EV hanya tertumpu di sekitar Lembah Klang dengan jumlah melebihi 70 stesen sementara di bahagian tengah Semenanjung jumlahnya sangat sedikit manakala di bahagian pantai timur, stesen lebih tertumpu di sepanjang pesisiran pantai.

    Di Sarawak pula hanya terdapat sekitar 35 stesen berbanding Sabah hanya tiga stesen pengecasan yang boleh digunakan.

    “Saya ambil contoh ‘trip’ dari Kuala Lumpur ke Gua Musang, Kelantan. Jika sebuah bas EV hanya mampu menempuh perjalanan sejauh 400 kilometer sebelum perlu dicas semula, pastinya sukar sekiranya tiada stesen pengecasan.

    “Keadaan akan bertambah parah sekiranya berlakunya kesesakan trafik yang boleh menghabiskan tenaga elektrik bas tersebut dengan kadar pantas,” katanya.

    LOKASI STRATEGIK

    Berkaitan infrastruktur pengecasan, pihak kerajaan melalui Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030 menetapkan sasaran 10,000 stesen pengecas awam menjelang 2025 dan komitmen pihak berkaitan amat perlu bagi merealisasikannya.

    Biarpun begitu, pensyarah kanan Kejuruteraan Pengangkutan di Jabatan Kejuruteraan Awam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Ahmad Nazrul Hakimi Ibrahim berkata, usaha ini perlu diselarikan dengan lokasi yang strategik, pembekal perkhidmatan dan caj penggunaan yang berpatutan.

    Penyediaan stesen pengecas di sepanjang lebuh raya dan kawasan pinggir bandar perlu diberi penekanan untuk jangka masa panjang berikutan penggunaan kenderaan EV di lokasi berkenaan akan lebih meluas pada masa akan datang.

    Sekiranya cadangan berkenaan dapat dilaksanakan, tidak mustahil kerajaan mampu merealisasikan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR) yang menyasarkan 20 peratus permit pengangkutan awam beralih kepada kenderaan EV menjelang 2030.

    “Sebanyak 30 hingga 50 peratus pelepasan CO2 dapat dikurangkan dengan penggunaan kenderaan EV berdasarkan kajian terdahulu manakala peningkatan kecekapan bahan api sebanyak 40 hingga 60 peratus berbanding dengan kenderaan konvensional.

    “Apabila bas EV dicas menggunakan elektrik daripada sumber boleh diperbaharui seperti angin atau solar, kesan alam sekitar keseluruhannya terus berkurangan dan seterusnya menyumbang kepada ekosistem tenaga yang lebih bersih dan mampan,” jelasnya.

    KOS PENYELENGGARAAN

    Menurut Ashfar, dalam masa yang sama, aspek pembaikan dan penyelenggaraan juga perlu diambil kira memandangkan tidak ramai mempunyai kemahiran membaiki kenderaan EV sekali gus menjadikan kos upah penyelenggaraannya agak tinggi berbanding kenderaan konvensional.

    “Pemilik kenderaan EV perlu merujuk pihak pengeluar bagi urusan pembaikan, penyelenggaraan dan pastinya kos servis lebih tinggi berbanding menghantarnya ke bengkel luar yang menawarkan kos servis lebih murah.

    “Tetapi, sekiranya pusat pengajian dan universiti di Malaysia dapat melahirkan lebih ramai mekanik yang berkemahiran dalam bidang kenderaan EV, sudah tentu lebih banyak bengkel kenderaan EV dapat diwujudkan dan operator bas pun akan lebih berani menambah jumlah bas EV mereka,” katanya.

    Pemberian insentif bagi pembaikan dan penyelenggaraan bas EV juga perlu dipertimbangkan kerajaan bagi meringankan beban pengusaha dan operator beralih kepada pengangkutan mesra alam dan ini juga akan mempercepatkan lagi ekosistem penggunaan bas EV di Malaysia.

    Terbukti mampu menjimatkan kos operasi dan lebih mesra alam sekitar, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn Bhd, Muhammad Yazurin Sallij berkongsi impak positif penggunaan 15 buah kenderaan bas EV di Lembah Klang sejak 2015.

    “Bas ini adalah yang pertama di Malaysia (pada ketika itu) dan boleh beroperasi sejauh 250 kilometer untuk sekali caj dan telah beroperasi hampir lapan tahun. Keadaannya masih lagi baik disebabkan kita mempunyai depot bas di Kompleks BRT Sunway yang turut dilengkapi stesen pengecasan bateri EV dan bengkel sekiranya ada kerosakan bas.

    “Berdasarkan pengalaman dan maklum balas positif daripada pengguna terhadap operasi BRT Laluan Sunway, kami yakın sasaran untuk meletakkan lebih banyak bas EV di laluan lain di Lembah Klang,” katanya yang turut mengharapkan agar lebih banyak syarikat bas di Malaysia dapat memberikan komitmen jitu untuk penggunaan bas EV pada masa akan datang. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/