PRISTINA, 29 OGOS – Kosovo akan menunda pembukaan semula sesi persekolahan selama dua minggu dan mengeluarkan perintah berkurung pada waktu malam, kata kerajaan hari ini, ketika jangkitan koronavirus melambung tinggi.
Pihak kerajaan berkata perintah berkurung itu akan berkuat kuasa Isnin ini dari 10 malam hingga 5 pagi sementara sesi persekolahan akan bermula pada pertengahan bulan September dan bukannya awal September.
Kes harian COVID-19 meningkat beberapa ratus kes pada awal bulan Ogos kepada sekitar 2,000 sehari pada masa ini.
Kosovo, sebuah negara dengan 1.8 juta orang penduduk, telah mencatatkan sekitar 140,000 jangkitan sejak awal wabak dan 2,500 kematian.
Satu perempat daripada populasi telah divaksinasi.
Menteri Kesihatan, Arben Vitia berkata, “Jumlah kanak-kanak yang dijangkiti telah meningkat, terutama mereka yang berusia 10 hingga 19 tahun dan dianggap sebagai penyebar virus.”
Kerajaan juga melarang perayaan, konsert, perkahwinan dan sambutan lain. – AFP