Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kostum Halloween Heidi Klum sentiasa epik

    NEW YORK, 31 OKT – Halloween mempunyai banyak tradisi, daripada gula-gula kepada labu yang diukir termasuklah kostum tahunan pelik Heidi Klum.

    Supermodel yang bertukar menjadi personaliti TV itu gemar mengejutkan tetamunya dengan pakaiannya yang rumit, seperti pada tahun 2022, apabila dia tiba di acara sebagai seekor cacing itu di hujung tali pancing.

    “Saya hanya mahu menjadi sesuatu yang rawak,” jelasnya sambil berbaring di atas lantai berlakon seperti cacing. “Saya rasa saya tidak pernah melihat sesiapa yang menjadi cacing sebelum ini.”

    Tahun lalu, dia meminta bantuan beberapa penghibur Cirque du Soleil sebagai bulu ekor kepada pakaian meraknya.

    “Banyak perancangan yang dilakukan, awda tahu,” kata Klum melalui paruh meraknya, dengan suaminya, Tom Kaulitz di sebelahnya yang berpakaian seperti telur. “Pertama sekali , awda harus ada idea.”

    Klum memberitahu AP dia akan segera merancang penampilannya untuk tahun berikutnya. “Selepas malam ini saya akan berfikir tentang apa yang akan saya lakukan tahun depan. Ia sentiasa berbeza. Benar-benar berbeza,” katanya.

    Kostum Klum lain yang terkenal selama ini termasuk Transformer gergasi, klon (lengkap dengan beberapa orang lain yang sama sepertinya), dirinya versi warga emas dan percubaan makhluk asing yang gagal.

    Bintang itu juga telah berubah menjadi rama-rama yang menakutkan, beruk, kucing, gagak termasuk watak kartun seperti Jessica Rabbit dan Fiona daripada ‘Shrek’.

    Dia memberi petua kepada mereka yang masih cuba memutuskan apa yang akan dipakai pada Halloween ini? Biarkan topeng yang dibeli di kedai di rumah.

    “Saya secara peribadi tidak suka apabila orang bersembunyi di sebalik topeng. Saya lebih suka apabila orang menjadi sedikit kreatif dan mereka bermain dengan muka mereka, apabila mereka memakai banyak solekan,” katanya kepada AP pada 2007. ” Saya sentiasa paling suka solekan yang banyak, saya benar-benar mahu muka yang menakutkan.” – AP

    Heidi Klum dengan kostum kucing pada 2007. – AP
    Heidi Klum tampil sebagai warga tua pada 2013. – AP
    Heidi Klum tampil sebagai serigala jadian seperti dalam video ‘Thirller’ Michael Jackson pada 2017. -AP
    Heidi Klum sebagai seekor cacing pada 2022. – AP
    Heidi Klum sebagai Princess Fiona dan suaminya, Tom Kaulitz sebagai Shrek pada 2018. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda