Kota Larangan, taman dibuka semula di China

BEIJING, 1 MEI – Taman dan muzium Beijing termasuk Kota Larangan dibuka semula kepada orang awam hari ini setelah ditutup selama beberapa bulan akibat pandemik koronavirus.

Kota Larangan itu, tempat tinggal maharaja China, membenarkan 5,000 pelawat sehari, berkurangan dari 80,000. Dan taman membenarkan orang melawat pada 30 peratus kurang daripada kapasiti biasa.

Seorang penduduk Beijing berkata lawatan ini rasa lain berbanding sebelumnya, apabila Kota Larangan adalah lebih sesak. “Apabila berjalan di sesetengah kawasan tanpa orang lain, saya rasa seolah-olah kembali semula kepada sejarah,” kata Bian Jiang.

Aktiviti kumpulan besar-besaran masih ditangguhkan dan pelawat mesti menempah tiket terlebih dahulu di internet, menurut Gao Dawei, penolong pengarah Biro Taman dan Kebun Beijing.

Gambar di media sosial menunjukkan pelawat ke Kota Larangan memakai penutup mulut dan hidung dan diiringi oleh polis di sepanjang jalan.

Beijing semalam mengurangkan tahap respons kecemasan terhadap virus daripada tingkat pertama kepada ketua, namun pemeriksaan suhu dan penjarakan sosial masih dikuatkuasakan. – AP

Pelawat memakai penutup mulut dan hidung berjalan-jalan di Kota Larangan di Beijing apabila ia dibuka semula kelmarin. – AP