Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kota Ranger buka tirai dengan kemenangan bergaya

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN 2 MAC – Kota Ranger FC membuka tirai Liga Super Brunei dengan aksi cemerlang selepas membelasah 7-0 ke atas Setia Perdana di Padang dan Balapan Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

    Kota Ranger mendahului perlawanan menerusi bintang kelab tempatan Adi Said dengan rembatan kencang melepasi penjaga gawang Setia Perdana melalui hantaran cantik Azim Izamuddin Suhaimi pada minit ke-6 sekali gus membuka jaringan perlawanan.

    Selaku juara Piala Sumbangsih, mereka berada di kedudukan yang baik untuk menggandakan kedudukan dengan hantaran sempurna Esmendy Ibrahim namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gawang Setia Perdana, Muhammad Said bin Haji Hamzah.

    Adi Said bukanlah satu-satunya pemain yang mengucar-ngacirkan pertahanan Setia Perdana di mana Awangku Hazmi bin Pengiran Salleh turut memberi ancaman tetapi penjaga gol Setia Perdana berjaya menghadangnya dengan menolak bola ke tepi gawang.

    Kelebihan kualiti Kota Ranger jelas terpapar apabila Azim Abdul Rahman melakukan hantaran kepada Adi Said tetapi percubaannya tersasar.

    Pemaian Kota Ranger Awangku Hazmi menggandakan gol pasukan pada minit ke-47 sebelum Asyraffahmi berjaya mencipta gol ketiga seminit sebelum waktu rehat. Kota Ranger berjaya membuktikan diri mereka sebagai salah satu daripada pasukan yang lebih kuat pada separuh masa pertama.

    Pemain gantian Kota Ranger, Abu Suffian bin Haji Adanan menambah jaringan pasukan pada minit ke-72, dengan pemain baharu Mohammadd Sherzaman bin Hassan menjaringkan gol melalui sepakan penalti empat minit kemudian.

    Adi Said terus mencipta nama dalam liga menerusi penampilan pertamanya dengan gol peribadi kedua di minit-minit kecederaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda