Monday, March 17, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kotak misteri berisi mayat anak damit

    MISSOURI, 1 OGOS – Kotak misteri yang dilarang sentuh oleh ibunya selama bertahun-tahun, akhirnya terungkai isinya apabila anak wanita tersebut, Adam Smith, 37, menemui mayat anak damit perempuan yang merupakan kakaknya dalam peti sejuk di kediaman mereka di Magnolia, St Louis, Missouri, Amerika Syarikat.

    Fox News melaporkan Smith menemui mayat anak damit itu setelah ibunya meninggal dunia akibat barah paru-paru minggu lalu. Dia bagaimanapun, sudah maklum mengenai kotak misteri dalam peti sejuk itu selama ini.

    “Saya tahu kewujudan kotak tersebut dan ibu melarang saya menyentuhnya. Saya kira ia mungkin mempunyai nilai sentimental. Saya pada mulanya ingin mengambil kotak berisi kek, namun tersalah ambil kotak tersebut dan terkejut apabila membukanya, ada anak damit perempuan dibaluti selimut merah jambu. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda