Friday, December 20, 2024
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kotak rempah kayu pukau ruang dapur

    Oleh Syahmi Hassan –

    Menyiapkan kotak rempah kayu yang cantik bukan sahaja memberikan kepuasan, tetapi juga fungsi praktikal untuk menyimpan rempah ratus dalam saiz yang sesuai dengan keperluan dapur awda. (Gambar 1)

    Dalam projek ini, awda akan ditunjukkan cara membuat kotak rempah dengan alat manual dan bahan kayu yang unik.

    Antara barang yang diperlukan:-

    • Gergaji
    • Acuan sudut (angle mold)
    • Pensil
    • Pembaris
    • Pengapit
    • Gam kayu
    • Gam kertas
    • Minyak kayu
    • Kayu pelbagai warna (Gambar 2)

    BENTUK BADAN KOTAK

    Mulakan dengan dua kepingan kayu bersaiz sama untuk membuat badan kotak. (Gambar 3)

    Untuk memastikan penutup kotak dapat dibuka dan ditutup dengan sempurna, buat alur pada bahagian badan kotak menggunakan kertas pasir. (Gambar 4)

    Letakkan sekeping kayu rata sebagai panduan, kemudian gosok permukaan kayu dengan kertas pasir secara berulang hingga alur terbentuk. (Gambar 5)

    Gambar 1. – Gambar oleh Mywiwood
    Gambar 2. – Gambar oleh Mywiwood
    Gambar 3. – Gambar oleh Mywiwood
    Gambar 4. – Gambar oleh Mywiwood
    Gambar 5. – Gambar oleh Mywiwood
    Gambar 6. – Gambar oleh Mywiwood
    Gambar 7. – Gambar oleh Mywiwood
    Gambar 8. – Gambar oleh Mywiwood
    Gambar 9. – Gambar oleh Mywiwood
    Gambar 10. – Gambar oleh Mywiwood

    POTONG DAN SUSUN KOTAK

    Potong badan kotak mengikut saiz yang diinginkan menggunakan acuan dan gergaji. (Gambar 6)

    Setelah itu, susun kepingan kayu yang telah dipotong agar mudah dicantumkan nanti menggunakan gam kertas (Gambar 7) dan kemudiannya menggunakan gam kayu untuk mencantumkannya secara kekal.

    SIAPKAN PINTU KOTAK

    Pilih empat jenis kayu yang berbeza warna untuk penutup kotak.

    Potong kepingan kayu ini mengikut saiz yang dikehendaki. (Gambar 8)

    Gunakan kertas pasir atau pemaras untuk membuat tepi penutup menjadi licin dan bersudut sesuai dengan reka bentuk awal badan kotak. (Gambar 9)

    SENTUHAN AKHIR

    Setelah semua bahagian dicantum secara kekal, gosok seluruh permukaan kotak dengan kertas pasir hingga halus.

    Akhir sekali, sapukan minyak kayu pada permukaan kotak untuk memberikan kemasan yang cantik dan melindungi kayu daripada kerosakan.

    Hasilnya akan menjadi kotak rempah yang indah dan praktikal. (Gambar 10)

    Tip Rekaan:

    • Gunakan gam kayu berkualiti tinggi untuk memastikan cantuman lebih kukuh.

    • Pilih minyak kayu yang sesuai untuk memberikan lapisan pelindung tambahan dan kilauan semula jadi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda