BANDAR SERI BEGAWAN, 17 NOV – Koperasi Persatuan TIBA (KOTIBA) telah menganjurkan mesyuarat agung kali ke-41 bertempat di Dewan Teater, Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE).
Mesyuarat yang diadakan setahun sekali itu bertujuan untuk meneliti dan mengesahkan minit mesyuarat perhimpunan yang lepas, serta membentangkan laporan dan penyata kewangan berakhir 30Jun 2024.
Hadir pada majlis tersebut ialah ahli-ahli lembaga koperasi, pemegang-pemegang saham, pekerja-perkerja Stesen Minyak KOTIBA dan pegawai-pegawai Unit Kemajuan Koperasi (UPK), MOFE.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Pengerusi Jawatankuasa Kecil Kebajikan dan Keagamaan KOTIBA sesi 2024/2025, Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang diikuti ucapan pembukaan oleh Pengerusi Ahli Lembaga Koperasi KOTIBA sesi 2024/2025 Mesyuarat Agung ke-41, Haji Matassan bin Haji Bungso.
Acara utama bermula dengan meneliti dan mengesahkan minit mesyuarat agung ke-40, diikuti pembentangan meneliti minit mesyuarat oleh setiausaha.
Mesyuarat tersebut juga menyaksikan pembubaran ahli-ahli Jawatankuasa Lembaga KOTIBA sesi 2024-2025 dan pelantikan ahli-ahli lembaga koperasi baharu bagi sesi 2025-2026.
Majlis ditutup dengan ucapan ringkas daripada pengerusi interim selaku wakil ahli lembaga baharu dan bacaan Surah Al-Asr secara beramai-ramai.


