LONDON, 26 JUN – Kalidou Koulibaly menjadi bintang bola sepak terbaru yang menuju ke Arab Saudi kelmarin selepas menyertai Al-Hilal dari Chelsea dengan kontrak tiga tahun.
Pemain antarabangsa Senegal itu telah mengikut jejak langkah Cristiano Ronaldo, Karim Benzema dan N’Golo Kante dengan memilih untuk bermain dalam Liga Pro Saudi yang menguntungkan.
Al-Hilal, pasukan Saudi yang paling berjaya, minggu ini turut menandatangani pemain antarabangsa Portugal Ruben Neves dari Wolverhampton.
“Dari London Blues kepada Asia’s Leader,” Al-Hilal tweet ketika mengumumkan ketibaan Koulibaly. – AP


