Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kourtney Kardashian kongsi tip sembuh kalau tak sihat

    Bintang realiti, Kourtney Kardashian berkongsi rahsia mengamalkan minum susu badan sendiri ketika dia berasa tidak sihat.

    Menurut mStar, Kourtney, 45, berkongsi petua itu menerusi sebuah foto yang dimuat naik di Instastory miliknya baru-baru ini.

    “Saya baru sahaja memerah susu badan kerana tidak sihat, selamat malam!,” katanya.

    Perkongsian Kourtney itu tidak dianggap pelik oleh peminat kerana sebelum ini dia sering berkongsi pelbagai petua dengan peminat.

    Malah adiknya, Kim Kardashian pernah menyapu susu badan Kourtney pada badannya akibat mengalami masalah kulit.

    Kourtney mengamalkan minum susu badan ketika tidak sihat. – People

    Pada 1 November tahun lalu, Kourtney melahirkan anak pertamanya bersama Travis Barker yang juga merupakan pemain dram kumpulan Blink 182.

    Sebelum ini, Kourtney juga sering berkongsi kata-kata semangat buat wanita yang berdepan masalah perubahan fizikal selepas bersalin.

    Kata Kourtney, dia juga mengalami masalah yang sama lebih-lebih lagi apabila menyusukan badan.

    “Awda mempunyai bentuk tubuh yang cantik tidak kira waktu. Semasa hamil, kita akan bersinar dan membesar dan selepas bersalin kita melalui proses penyembuhan serta mengecut.

    “Saya juga melalui tempoh itu dan saya rasa paling sukar kerana badan ini masih menyesuaikan diri lebih-lebih lagi ketika menyusu badan,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda