
NEW DELHI, 25 Julai – Rami Nath Kovind mengangkat sumpah sebagai presiden India hari ini, dan menjadi pemimpin kedua dari masyarakat yang ditindas, Dalit, untuk dilantik menjadi pemimpin negara.
Bekas peguam dan juga gabenor negeri, Kovind dilantik untuk menduduki jawatan yang sebahagian besarnya beristiadat minggu lalu dengan lebih 65 peratus undi dari anggota-anggota parlimen India dan dewan undangan negeri.
Kovind, yang ditemani isterinya awal hari ini memberi penghormatan di sebuah memorial yang didedikasikan kepada wira kemerdekaan India, Mahatma Gandhi di New Delhi.