LABUAN, 5 JUN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini mematahkan percubaan sebuah sindiket kecil-kecilan untuk menyeludup sejumlah 575 liter petrol bernilai kira-kira RM1,180 dalam satu serbuan dekat sini. Ketua Pegawai Penguat-kuasa Negeri KPDN Labuan Amiluddin Malang berkata sepasukan anggota kementerian itu telah menyerbu sebuah jeti haram di pinggir bandar pada kira-kira

