Friday, September 20, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    KPK dijangka bangunkan tanaman kenaf di Sabah

    CYBERJAYA, 19 SEPT – Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) melalui Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) akan membangunkan tanaman kenaf di tanah berkeluasan 150 hektar di Sabah tahun ini, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin.

    Beliau berkata sehubungan itu, LKTN telah berbincang dengan Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) dan telah mendapat persetujuan SLDB.

    “Bukan sahaja SLDB, LKTN telah berbincang dengan satu lagi koperasi dan satu syarikat di Sabah. Oleh itu, secara keseluruhan kita ingin membangunkan 150 hektar untuk tahun ini dengan peruntukan RM1.5 juta.

    “Cuma pada masa ini, kita minta kerajaan Sabah, terutama Jabatan Pertanian Sabah untuk membenarkan membawa biji benih kenaf dari semenanjung ke Sabah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Kebangsaan Industri Kenaf 2024 (PKIK 2024), hari ini.

    Chan berkata, beliau juga telah bertemu Timbalan Ketua Menteri I Sabah yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan.

    “Saya berharap perkara ini dapat dipercepatkan dan kita boleh melancarkan program ini sebelum akhir tahun ini,” katanya. – Bernama

    Datuk Chan Foong Hin semasa menyampaikan ucapan perasmian PKIK 2024 pada 19 September. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda