Monday, July 8, 2024
23 C
Brunei

    -

    KPKM jangka guna varieti padi tahan cuaca tahun depan

    KUALA LUMPUR, 4 JULAI – Varieti padi baharu negara yang lebih berdaya tahan terhadap perubahan cuaca tidak menentu seperti kemarau dan banjir dijangka digunakan pada 2025 dan 2026 sebagai langkah keterjaminan makanan.

    Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata ketika ini, kementerian menerusi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) sedang melaksanakan kajian terhadap varieti padi berkenaan.

    “MARDI sudah mula menjalankan kajian padi varieti baharu itu, malah sudah ada plot kajian (kajian di lapangan) dilakukan dan kita menjangkakan varieti padi baharu ini dapat digunakan pada 2025 dan 2026,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

    Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Hasni Mohammad (BN-Simpang Renggam) berhubung pelan tambahan kepada strategi sedia ada dalam menghadapi risiko perubahan cuaca terhadap sektor pertanian negara. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua askar, enam suspek militan terbunuh dalam pertempuran di Kashmir

    NEW DELHI, 7 JULAI – Dua anggota tentera dan enam suspek militan terkorban dalam dua pertempuran berasingan di Kashmir yang ditadbir India, menurut polis, hari...