Wednesday, July 16, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    KPM diharap terus sokong Kempen Internet Selamat di sekolah

    KENINGAU, 15 JULAI – Kementerian Komunikasi berharap Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan terus memberi kerjasama dalam Kempen Internet Selamat supaya program ini dapat diadakan di sekolah dalam usaha meningkatkan literasi digital dalam kalangan pelajar.
     
    Timbalan Menteri berkenaan, Teo Nie Ching berkata perkara itu penting kerana melalui kempen itu pelajar sekolah rendah dan menengah dapat didedahkan serta dididik mengenai keselamatan Internet, yang semakin meluas penggunaannya pada masa kini.
     
    Beliau berkata kandungan dalam kempen itu dibuat mengikut kesesuaian umur murid tahap satu (Tahun Satu hingga Tahun Tiga), tahap dua (Tahun Empat hingga Tahun Enam), dan sekolah menengah. 
     
    Teo turut menyatakan program berkenaan yang dilancarkan pada 21 Januari lepas memfokuskan empat perkara, iaitu buli siber, penipuan dan judi dalam talian, eksploitasi seksual kanak-kanak, dan perlindungan data serta literasi digital itu menyasarkan liputan lebih 10,000 institusi pendidikan menjelang akhir tahun ini.
     
    Menerusi kempen berkenaan pelajar sekolah juga diberikan maklumat tentang eksploitasi seksual kanak-kanak yang dilihat sebagai antara masalah yang akan dihadapi oleh pelajar. – Bernama
     
    Teo Nie Ching (empat, kanan) pada Program Kempen Internet Selamat (KIS) di Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh, Keningau pada 14 Julai. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda