Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Wanita Peru ditahan cuba seludup dadah di Bali

    DENPASAR, INDONESIA, 19 OGOS – Polis Bali menahan seorang wanita warga Peru selepas dipercayai cuba menyeludup kokain ke pulau peranginan itu dengan menyembunyikannya dalam alat mainan dewasa serta pakaian dalam, kata pihak berkuasa hari ini.

    Wanita berusia 42 tahun itu, dikenali dengan inisial N.S., tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bali dari Qatar pada 12 Ogos lalu sebelum menimbulkan kecurigaan pegawai kastam.

    “Pegawai kastam mengesyaki gerak-gerinya dan selepas berunding dengan polis, pemeriksaan lanjut dijalankan,” kata Ketua Unit Narkotik Polis Bali, Radiant, pada sidang media.

    Pemeriksaan mendapati 1.4 kilogram kokain disembunyikan dalam alat mainan dewasa yang diletakkan pada kemaluannya serta dalam pakaian dalam, selain puluhan pil ekstasi.

    Menurut Radiant, suspek mengaku diupah seorang lelaki yang dikenalinya melalui laman gelap pada April lalu untuk membawa masuk dadah berkenaan ke Indonesia dengan bayaran sebanyak AS$20,000.

    Wanita itu kini didakwa di bawah undang-undang narkotik ketat Indonesia dan berdepan hukuman mati jika disabit kesalahan. Bulan lalu, seorang wanita Argentina berusia 46 tahun dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh mahkamah Bali selepas didapati bersalah menyeludup 244 gram kokain yang disorok dalam kemaluannya menggunakan kondom. – AFP

    Gambar Envato

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    Berita Berkaitan

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...

    Angka korban tanah runtuh di Indonesia meningkat kepada 30

    BANJARNEGARA, INDONESIA, 21 NOV - Angka kematian akibat beberapa...

    Lebih 20 kakitangan StanChart Brunei sertai Sukan SC

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 NOV – Lebih 20 kakitangan...

    Wanita China dipenjara seumur hidup akibat pemerdagangan manusia

    MANILA, 20 NOV - Mahkamah Filipina hari ini menjatuhkan...

    Terkini

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Seramai 12...

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...