Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    KPop Demon Hunters filem pertama Netflix capai 300 juta tontonan

    Filem animasi muzikal Netflix, KPop Demon Hunters, muncul sebagai filem pertama di platform itu yang mencapai 300 juta tontonan, menurut syarikat penstriman berkenaan baru-baru ini, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Sejak dilancarkan pada 20 Jun, filem berkenaan merekodkan lebih 314.2 juta tontonan di seluruh dunia sehingga 14 September.

    Netflix yang memiliki lebih 300 juta pelanggan global berkata angka itu secara statistik menunjukkan setiap pelanggan menonton filem itu sekurang-kurangnya sekali.

    Syarikat itu hanya mengira jumlah tontonan untuk tempoh 91 hari selepas tayangan, bermakna pengiraan rasmi untuk KPop Demon Hunters berakhir pada 19 September.

    Diterbitkan oleh Sony Pictures Animation, filem fantasi itu mengisahkan kumpulan gadis K-pop Huntr/x, tiga wanita muda yang menjalani dua kehidupan sebagai pemburu syaitan.

    Kejayaan luar biasa filem itu turut melonjakkan runut bunyinya yang sarat dengan elemen K-pop ke carta muzik global, termasuk lirik dalam bahasa Korea. – Bernama

    KPop Demon Hunters merekodkan lebih 314.2 juta tontonan di seluruh dunia. – Netflix
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda