Ahad, 23 November 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    KPop Demon Hunters layak dicalonkan terima Anugerah Oscar

    Filem animasi popular, KPop Demon Hunters telah selangkah lebih dekat ke satu lagi detik kegemilangan, iaitu menerima Anugerah Oscar setelah tersenarai dalam antara 35 filem yang layak untuk kategori filem animasi di Anugerah Akademi ke-98.

    Jumaat lalu, The Academy of Motion Picture Arts and Sciences telah mengeluarkan senarai semua filem yang layak untuk hadiah cereka animasi, dokumentari dan antarabangsa di Anugerah Oscar tahun depan.

    Walaupun KPop Demon Hunters mencipta nama di Netflix, ia juga menerima tayangan pawagam yang layak di New York, Los Angeles dan San Francisco pada bulan Jun, yang memenuhi syarat akademi filem untuk pertimbangan Oscar. Walau bagaimanapun, tayangannya di pawagam UKa tidak mencukupi untuk layak untuk Anugerah BAFTA.

    Anara filem animasi lain yang layak untuk kategori filem animasi Oscar ialah Arco terbitan Neon, Elio dan Zootopia 2 terbitan Disney, Little Amélie or the Character of Rain terbitan GKids, In Your Dreams terbitan Netflix dan Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Infinity Castle terbitan Crunchyroll/Sony serta Chainsaw Man – The Movie: Reze Arc.

    KPop Demon Hunters yang dikatakan oleh Netflix sebagai filem paling banyak ditonton sepanjang zaman, telah mengumpul lebih daripada 541 juta jam tontonan di seluruh dunia.

    Ia juga merupakan runut bunyi pada carta tertinggi pada tahun 2025 dengan lapan lagunya berada di Billboard Hot 100 selain mengejutkan pawagam pada bulan Ogos dengan mengaut keuntungan sekitar AS$18 juta.

    Bagaimanapun, para peminat KPop Demon Hunters perlu menunggu pada pagi 22 Januari untuk mengetahui sama ada mereka berjaya atau tidak untuk filem animasi. Ia juga  dijangka akan menjadi calon hebat dalam kategori lagu asal, di mana lagu Golden adalah antara lagu yang bakal menjadi pilihan. – AP

    Imej yang dikeluarkan oleh Netflix ini menunjukkan watak-watak, dari kiri, Mira, Rumi, Zoey dalam satu babak daripada filem KPop Demon Hunters.. –Gambar fail AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda