Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kraft Heinz akan beroperasi dalam dua syarikat berasingan

    NEW YORK, 2 SEPT – Syarikat gergasi makanan, Kraft Heinz berkata hari ini ia akan memisahkan operasinya kepada dua syarikat, dengan salah satunya menumpu jenama terkenal termasuk keju krim milik syarikat Philadelphia, AS.

    Lembaga pengarahnya telah sebulat suara meluluskan rancangan untuk memisahkan syarikat itu kepada dua syarikat bebas yang didagangkan secara terbuka melalui keluaran sampingan bebas cukai,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

    Pemisahan itu akan menjadikan kedua-dua syarikat memberi tumpuan yang lebih strategik dan berkesan serta membolehkan mereka mengurangkan kekompleksan operasi, tambah syarikat itu.

    Kraft Heinz berasal daripada penggabungan Kraft Foods dan Heinz pada 2015.

    Kraft telah membina reputasinya terhadap produk seperti makaroni dan keju sedia untuk dimakan, manakala jenama Oscar Mayer terkenal dengan daging deli dan sosej sementara Heinz untuk sos tomato dan bahan ramuan lainnya.

    Ketua Pegawai Eksekutif Kraft Heinz, Carlos Abrams-Rivera akan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif North American Grocery Co., portfolio jenama dengan jualan bersih berjumlah AS$10.4 bilion pada 2024.

    Syarikat lain, Global Taste Elevation Co., akan merangkumi Heinz, Philadelphia dan Kraft Mac & Cheese dengan jualan bersih AS$15.4 bilion pada tahun lepas.

    Urus niaga itu dijangka ditutup pada separuh kedua tahun depan, tambah syarikat itu. – AFP

    Gambar menunjukkan Ibu Pejabat Kraft Heinz di Chicago, Illinois pada 14 Mei. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda