KELIHATAN cuba membuat keseimbangan iaitu dari satu batu kemudian di atas batu dalam Kejuaraan ‘Stone Stacking’ Eropah, para pesaing cuba menggabungkan kemahiran dan kreativiti artistik mereka bagi menghasilkan satu binaan yang menentang graviti bumi. Memasuki tahun yang ketiga, pertandingan itu berlangsung di pinggir bandar Dunbar, iaitu di timur ibu kota Edinburgh.
Pertandingan tersebut yang diadakan baru-baru ini di kawasan Pantai Eye Cave menyentuh tentang kuantiti, batu-batu yang seimbang secara menegak dan tinggi selama 30 minit. Manakala pada hari berikutnya, para pesaing pula cuba mencipta sesuatu bentuk dari batu atau objek yang dijumpai dalam masa tiga jam.
Seni kuno
Pemenang menerima hadiah lawatan ke Pesta Seni Llano Earth di Texas, Amerika Syarikat di mana Kejuaraan Susunan Batu Dunia 2020 akan diadakan. “Susunan dan keseimbangan batu merupakan salah satu bentuk seni kuno yang sudah lama dan ia boleh kembali kepada permulaan manusia,” kata penganjur pertandingan tersebut, James Craig Page kepada media AFP.
“Walau bagaimanapun, seni kuno ini telah dibawa oleh Bill Dan dari California selepas 15 tahun untuk diperkenalkan kepada masyarakat dan baru-baru ini, Michael Grab ke Amerika Syarikat, dua artis seni yang sememangnya terbaik dan terkenal,” kata James kepada media.
“Aktiviti seperti Festival Llano Earth Art dan Pertandingan Rock Stacking Dunia, telah berjaya membantu mempromosikan bentuk seni ini di mana semakin berkembang sekarang,” tambahnya.
Kemahiran, kepakaran dan kreatif
Dalam membentuk susunan batu ini, kemahiran sangat diperlukan bagi pesaing malah selain itu, ia juga memerlukan kesabaran, fokus, cinta kepada alam semula jadi dan tidak mudah untuk berpuas hati sekelip mata.
Bentuk yang abstrak dan terbentuk oleh pukulan ombak selama berabad-abad menandakan bahawa bentuk arca dapat dihasilkan dengan sudut yang tertentu. Menyusun batu juga memerlukan tumpuan dan pemikiran yang kreatif sehingga membentuk batu yang paling mempesonakan dan menakjubkan.
Penduduk dari Perancis, SP Ranza telah diumumkan sebagai pemenang keseluruhan dan memenangi kategori kuantiti. Pemenang dalam kategori artistik pula ialah Marianne Winter dari Belanda, yang menduduki tempat kedua secara keseluruhannya.
Satu kategori pula dinilai melalui penyertaan beberapa batu yang dapat diseimbangkan dalam masa 30 minit, satu lagi anugerah merit yang didambakan oleh kebanyakan peserta. Pesaing boleh menggunakan beberapa objek yang dijumpai serta batu-batu dalam menghasilkan kreativiti mereka.
Sesetengah ciptaan seakan-akan menentang graviti. Pemenang dalam kategori ini akan menerima tiket lawatan ke Pesta Seni Llano Earth di Texas di mana Kejuaraan Rock Balancing Dunia 2020 akan diadakan. – AFP